PETALING JAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan pelantikan lima individu yang akan menganggotai badan
penasihat khas bagi membantu menasihati beliau selaku Menteri Kewangan.
Anwar dalam satu kenyataan berkata, penasihat khas ini terdiri daripada golongan profesional serta pakar ekonomi
dan akan diketuai oleh Penasihat Petronas, Hassan Marican.
“Saya mengulangi pendirian bahawa badan penasihat khas yang dilantik ini tidak akan
menerima sebarang bayaran daripada kerajaan,” katanya.
BERITA LANJUT MENYUSUL